Saturday 25 April 2015

Video Pembantu Rumah Filipina Rayu Minta Bantuan Di FB Jadi Viral

Video Pembantu Rumah Filipina Rayu Minta Bantuan Di FB Jadi Viral | Seorang pembantu rumah Filipina diselamatkan daripada majikannya di Bahrain selepas mendapati sebuah video rayuan di laman Facebooknya sebagai desakan untuk meminta bantuan.


Video Pembantu Rumah Filipina Rayu Minta Bantuan Di FB Jadi Viral

Kakitangan di kedutaan Filipina telah menyedari rakaman Abby Luna yang mendakwa dirinya telah diro-gol dan didera oleh anak lelaki majikannya, selepas dia memuatnaik video  tersebut di laman Facebooknya pada pagi Khamis.

Video tersebut telah dikongsi lebih kurang 78,000 orang dan disukai 19,000 penonton yang telah menyaksikannya.

“Penyelamatannya itu telah dibangkitkan oleh mesej video. Dia sekarang beradaa dalam penjagaan kedutaan kami,” jurucakap kementerian luar negeri Charles Jose memberitahu AFP.

Katanya, pegawai duta Filipina dan kakitangan dari agensi pekerjaan Luna telah membawanya keluar dari rumah majikan dan pihak polis telah menyiasat kejadian itu.

Sehubungan itu, naib konsul di kedutaan Filipina di Bahrain juga memberitahu AFP melalui telefon bahawa Luna memberitahu bahawa tertuduh, RickyAragon menafi perbuatannya.

Dalam video berdurasi tiga minit yang dirakam melalui sebuah kamera web, Luna kelihatan menangis teresak-esak dan menuduh anak majikan dengan mendakwanya sebagai “penagih dadah” telah bertindak mero-gol Luna.

Dia juga turut poskan satu surat rayuan bertulis bagi para penonton untuk menghubungi kedutaan Filipina bagi pihaknya.

“Bantu saya keluar dari sini. Saya takut. Hingga sekarang, saya merasa sakit pada kemaluan saya.Kaki saya cedera.”

“Dia(penyerang) menumbuk kaki saya untuk melumpuhkan saya,” kata warga Filipina,28, yang telah bekerja di Bahrain untuk setahun.

“Selepas anak lelaki majikan saya menghina saya, dia mengancam bunuh dan tanam saya saya di padang pasir nanti jika saya memberitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku,” ujarnya lagi.

Dakwanya lagi, majikannya tidak percaya akan tuntutan telah diro-gol dan dipukul malah mendesak Luna untuk meneruskan kerja sehingga kontraknya tamat dalam dua bulan sebelum dia dapat balik ke rumah.

Tambah lagi,Luna memberitahu bahawa majikannya suruh mengugurkan kandungan sekiranya dia jadi hamil.

Luna adalah antara anggaran 10 juta rakyat Filipina yang bekerja di luar negara untuk mengatasi masalah kemiskinan dan tahap pengangguran yang tinggi di Filipina.

Tahun lepas, seorang lagi pembantu rumah Filipina, Nargelene Mendez, telah diselamatkan dari sebuah rumah di Arab Saudi selepas sebuah video dipost dalam laman Facebook yang menuntut tindakan  majikan mendera pekerja.

Pembantu rumah bekerja di Timur Tengah dilapor sering mengalami penganiyaan sedemikian.

Oleh itu,pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyeru United Arab Emirates untuk meluluskan sebuah  undang-undang buruh bagi menghentikan pekerja domestik supaya mereka  tidak dieksploitasikan.









Seorang pembantu rumah warga Filipina meminta tolong menerusi laman FB setelah dirinya dirogol anak majikannya di Bahrain.. pihak kedutaan yg menyedari segera menyelamatkan beliau...
Posted by Video Viral on Wednesday, April 15, 2015


sumber
http://www.kualalumpurpost.net/video-pembantu-rumah-menangis-teresak-esak-jadi-viral/

No comments:

Post a Comment