Wednesday 29 April 2015

5 Selebriti Gila Buat Instavideo Comel & Kelakar Dubsmash

 

Tergelak kami melihat gelagat selebriti tempatanjumping on the vibes wagon dengan trend video aplikasi Dubsmash yang kini trending di laman Instagram. Macam-macam ragam dan gaya, menonjolkan sisi lain mereka, selain di pentas persembahan atau di depan kamera.

Sporting sungguh semuanya. Paling tidak disangka telatah Tok Ti yang memuatnaik video dengan suara anak comel, “Do you think I’m cute?”. Nyata pengikutnya yang berjumlah 1.4 juta itu geli hati melihat sikap penyanyi legenda hidup ini.




Pelakon seksi, Raja Ilya tidak kurang galaknya memuatnaik video lucunya. Setakat ini, sebanyak 14 video pendek sudah dimuatnaik di laman Instagramnya, @rajailya. Gigih betul!




“Produk Kak Ton memang berkesan, tengok Kak Ton, comel tak?” Azza Elite nampaknya membuatparody untuk pengusaha produk kecantikan, Kak Ton yang pernah menjadi sebutan sebelum ini. Azza yang ada sedikit iras Kak Ton buat video itu sangat menjadi.



Pelakon cantik manis, Anzalna Nasir menujukan InstaVideo Dubsmash untuk teman lelakinya, Hanif Zaki. Comel sangat mereka, moga cepat-cepat disatukan. And yes, we’re expecting an invitation, Anzalna.



Jika selebriti lain merakam video berseorangan,Hunny Madu bawa sekali puterinya, Eva Medina membuat versi Dubsmash-nya. Tapi yang penting,hot mama ni conquer terus semua video, tak bagi peluang Eva enter frame!



sumber

No comments:

Post a Comment