Laman Utama Terkini Enggan Bayar Nasi Ayam Punca Wanita Bogel Di Petaling Street


VIDEO seorang wanita yang tampil separuh bogel dalam satu pergaduhan di Petaling Street baru-baru ini sememangnya mendapat perhatian umum.

Menurut seorang peniaga yang ingin dikenali sebagai Wong berkata pergaduhan itu berpunca daripada wanita itu tidak mahu membayar dua pinggan nasi ayam yang dimakannya.

Melalui sumber The Star, wanita itu menafikan yang dia makan di restoran itu selepas ditahan oleh pemiliknya.

“Namun wanita itu ditangkap memang berada disitu melalui rakaman CCTV restauran itu, dia mula menanggalkan bajunya kerana tidak mahu bayar,” kata Wong.



Menerusi rakaman video yang viral itu, wanita itu kedengaran berkata ‘Don’t do this to me, I pay you’ sebelum menanggalkan satu persatu pakaiannya.

Wanita yang pada mulanya dipercayai pelancong itu sebenarnya warga tempatan.

Identitinya sebagai warga tempatan terbukti selepas dia bertutur dalam Bahasa Melayu di dalam video itu.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


comments