Wednesday 29 April 2015

VIDEO: Ibu Lebih Sayangkan Kereta Dari Nyawa Anaknya




Video seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 tahun ke bawah, terperangkap dalam kereta mencetuskan perbualan hangat para netizen yang rata-ratanya menganggap si ibu bertindak lebih mementingkan kereta dari nyawa anak sendiri.


Difahamkan, anak lelaki wanita terbabit terperangkap dalam kereta itu di mana kunci kereta tertinggal di bahagian dalam. Ibunya cuba mengarahkan anaknya membuka pintu dari bahagian dalam, namun gagal kerana si kecil itu tidak memahami arahan yang diberikan.


Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga turut cuba membantu, namun menemui kegagalan. Lalu orang ramai mencadangkan agar cermin kereta dipecahkan bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.


Enggan berbuat demikian, si ibu mahu pulang ke rumah untuk mengambil kunci pendua, namun tindakannya itu dimarahi oleh seorang lelaki yang menganggap wanita itu lebih mementingkan harta berbanding nyawa anaknya sendiri.


Bimbang dengan keselamatan anaknya, wanita itu akhirnya membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya. Sejurus cermin kereta dipecahkan, pintu terus dibuka dan seorang wanita terus mendapatkan anak kecil itu dan memujuknya keluar dari kereta itu.


"Jom keluar dik, aunty bawa pergi minum air," kata wanita terbabit. Namun tidak diendahkannya dan terus bermain dengan butang kawalan bunyi radio kenderaan ibunya.


Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada ibunya (berbaju merah) dan dihampiri oleh perakam video yang menegur tindakannya itu membahayakan nyawa anaknya.


"Awak tahu tak perbuatan awak ni salah?"


"Saya nak balik rumah ambil kunci pendua," balas ibunya.


"Balik ambil kunci? Muka anak awak dah jadi merah macam ni tahu tak?? Takkan nak berkira dengan nyawa anak sendiri? Cermin kereta ni harganya RM200 je, nyawa anak kecil ini bukan dapat dibeli dengan wang," bentaknya dalam nada yang tidak keterlaluan.


Kes kanak-kanak terperangkap di dalam kereta ini sudah banyak kali terjadi. Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang lebih mementingkan 'cermin' kereta berbanding nyawa anak sendiri. Jika tidak mahu cermin kereta dipecahkan, sentiasa beringat membawa kunci dan jangan sesekali meninggalkan si kecil di dalam kereta bersendirian.

 The Hype Media

No comments:

Post a Comment