Thursday 30 April 2015

TAHNIAH YANA SAMSUDIN!!! ANDA SETERUSNYA ARTIS BERTUDUNG

 

Selepas penghijrahan pelakon Hanez Suraya sekembalinya dari Umrah baru-baru ini, kini giliran aktres cantik Yana Samsudin pula untuk tampil berhijab.

Yana buat pertama kalinya tampil ayu mengenakan hijab semasa program Wanita Hari Ini semalam. Malah suaminya, Fadzil Zahari turut menzahirkan rasa
syukur dengan perubahan yang dilakukan isterinya.


“Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab”

“Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi,” kata Fadzil kepada Berita Harian Online.






Alhamdulillah. Semakin ramai artis wanita Malaysia yang kini memilih untuk berhijab. Jadi artis tak semestinya harus berpakaian seksi.

No comments:

Post a Comment