Wednesday 29 April 2015

Kemunculan Lelaki Bertopeng Ini Dikaitkan Dengan Amran Fans ?

 



Fenomena Amran Fans. Ramai yang mahu tahu siapakah sebenarnya Amran Fans sehingga ramai yang datang dari jauh ke PWTC. Ada yang datang dari Kelantan, Johor dan Perlis kerana mahu mengenali diri dan identiti sebenar Amran Fans. Saya dan isteri juga sempat ke PWTC pada 24 April 2015 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLiBF) 2015. Individu yang dikatakan Amran Fans dikatakan akan muncul di KLiBF sebagai merasmikan dan mempromosikan buku Amran Fans terbitan Dubook Press.



Sayang seribu kali sayang, penantian ramai peminat Amran Fans bagai sia-sia. Wajah sebenar Amran Fans tidak dapat diketahui walaupun ada yang menanti sebelum suboh menjelang. Sadis. Buku Amran Fans laris, tetapi persoalan siapa sebenar Amran Fans masih belum terjawab secara total. Masih banyak misteri di sebalik Amran Fans.



Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab?






Walaupun ada peminat Amran Fans yang marah-marah dan bercelupar di ruangan Fanpage Amran Fans, namun Amran Fans tetap kekal kacak dan bukunya bagai perlu dicetak kali kedua untuk penuhi permintaan sana sini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, termasuklah peminat-peminat dari negara seberang Tangkak.






Amran Fans di KLiBF 2015



KLiBF telah bermula sejak 24 April 2015, dan bakal berakhir pada 3 Mei 2015. Saya dan keluarga sempat menyesakkan diri ke KLiBF ini untuk merasai sendiri kemeriahan yang ada di salah satu pesta buku terbesar di Malaysia. Memang ramai orang yang datang sehingga nak bergambar pun kena singgul-singgul punggong dengan budak-budak sekolah dan remaja yang menjadi majoriti pengunjung.



Tak sempat saya dan isteri untuk dapatkan pelbagai buku menarik yang dijual dengan harga diskaun. Serius memang banyak sangat buku dan majalah yang ada, dari pelbagai genre - komik, buku ilmiah, novel, majalah dan banyak lagi. Malah, boleh dapat hadiah iringan pula dengan pembelian dan tempahan. Ada juga sessi penulis bertemu peminat. Saya dan isteri sempat jumpa dengan Ustaz Zahazan dan kumpulan inTeam yang turut sama hadir mempromosikan buku tulisan mereka pada hari tersebut (25 April 2015).



Kalau anda masih belum ada kesempatan ke KLiBF 2015, bolehlah hadir untuk melihat pelbagai buku-buku yang dijual di sana. Manalah tahu, kot-kot datang nanti boleh jumpa dengan Amran Fans yang selama ini menjadi misteri.






Oh ya, ada yang kata Amran Fans ada 'skandal' dengan Yana Shamsudin .. itu sebab Yana Shamsudin selalu sahaja mempromosikan Amran Fans di laman sosial. Malah, ada yang mendakwa identiti sebenar Amran Fans dikaitkan dengan Fadzil Zahari, iaitu suami kepada Yana Shamsudin. Fadzil Zahari turut kelihatan berada semasa pelancaran buku Amran Fans di PWTC... hoho .. kebetulankah? Fadzil Zahari adalah pemilik Prokuya Studios yang terbabit dalam pengiklanan secara online, event dan talent management dan terbitan iklan komersil.



Kemunculan Lelaki Bertopeng Dikaitkan Dengan Amran Fans



Update. Lelaki bertopeng muncul semasa majlis menandatangani buku Amran Fans. Adakah dia benar-benar Amran Fans atau sekadar penyedap rasa hati jiwa peminat yang sentap? Haha .. 



Identiti Amran Fans hampir diketahui, individu di bawah ini muncul di majlis tandatangan buku Amran Fans yang laris di PWTC baru-baru ini (kiriman salah seorang pembaca blog ini). Adakah lelaki ini Amran Fans? Bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan Fadzil Zahari suami kepada Yana Shamsudin adalah 'pemilik sebenar' Amran Fans yang menjadi fenomena laman sosial di Malaysia?






Bak kata Amran Fans, biarlah dirinya menjadi misteri ...



"Biarlah misteri disebalik Amran Fans ini kekal menjadi sebuah misteri. Semoga ianya mampu duduk sebaris dengan misteri misteri lain yang wujud di dalam negara ini seperti misteri pembunuhan Altantuya dan jugak kehilangan MH370." - Amran Fans



Amran Fans vs Blogger



Siapa Amran Fans tidak diketahui - di sebalik ramai yang rasa kecewa dan hampa nak tahu identiti sebenar Amran Fans mahupun Amran Pekida ... buku Amran Fans tetap laris.... anak kecil pun beli buku Amran Fans... hoho. Disebabkan Amran suka juga menempel bersama rakan-rakan blogger popular seperti Hanis Zalikha, maka ramai jugalah blogger yang menulis mengenai diri Amran Fans ini sehinggakan ada rakan blogger yang buat pembongkaran sendiri.






Siapa yang dah miliki buku Amran Fans? Kata Dubok Press, identiti dan bayangan siapa sebenarnya Amran Fans ada diceritakan di dalam buku ini, benarkah? Atau statement tersebut adalah sekadar statement bagi melariskan buku Amran Fans yang ada ratusan ribu malah jutaan peminat di rantau Asia Tenggara ini? .. hoho ..



Ada cerita mengenai Amran Fans? Sila kongsikan di ruangan komen.

No comments:

Post a Comment