Sunday 26 April 2015

Lapan Remaja Lelaki & Perempuan Ditahan Rompak Seven Eleven

 

Sekumpulan lapan remaja yang terdiri dari empat lelaki dan empat perempuan didakwa telah ditahan pihak berkuasa kerana melakukan rompakan di sebuah kedai serbaneka Seven Eleven di Taman BDC, Kota Kinabalu, Sabah.

Remaja yang dipercayai pasangan kekasih itu cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta proton Wira dari pihak polis namun berjaya diberkas selepas berlakunya aksi kejar mengejar.

Menurut sumber, kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan ditahan reman untuk membantu siasatan.







OHMEDIA: Sedih tengok golongan remaja sekarang. Walaupun hidup semakin sukar dan mencara namun jangan pilih jalan yang salah.

No comments:

Post a Comment