Sunday 26 April 2015

Video Brader Tegur Pasangan Beromen Di Taman jadi Viral

Video Brader Tegur Pasangan Beromen Di Taman jadi Viral | Gelagat seorang brader merakam aksi pasangan remaja di taman jadi viral di media sosial. Kata beliau,


Video Brader Tegur Pasangan Beromen Di Taman jadi Viral

"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," antara kata brader tersebut di awal video.

Beliau kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.

"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.

Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi sambil meminta brader tersebut jangan merakam video mereka....








Kalau ramai manusia macam abang dalam video ni...mesti dapat mengurangkan kes kelakuan tak senonoh macam tu :)
Posted by Video Viral on Thursday, April 23, 2015


via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/hoi-dah-kahwin-ka-belum-1.382875

No comments:

Post a Comment